Saturday 28 April 2012

FINAL CHAMPION LEAGUES

  BAYERN MUNICH vs CHELSEA






stadium 









jom pakat tengok nanti.......!!!!!!




Thursday 26 April 2012

wanita

Assalamualaikum semua..
ok, kalau entry yg lepas aku tulis isu yg berkaitan dgn rokok, isu rokok ni orang selalu kaitkan dengan lelaki..so, kali nie..aku nk post pasal wanita plak..hehe..xda la pandai sgt..cuma sekadar berkongsi...  ^_^  apa yg aku tulis nie sebenornya aku ambil dari satu page..tp xingat kat mana..bukan niat nak curi hak penulisan org, cuma aku rasa xsalah untuk berkongsi dlm bab2 ilmu..sebab mungkin ada dlm kalangan kawan2 yg baca blog aku xpernah baca pasal benda ni..betol tak..??kan nabi kita dah pesan.."sampaikan lah olehmu dariku walaupun satu ayat"..maksudnya, kita kena sebarkan ilmu dan berkongsi dgn semua org..tmbh2 dalam bab yg baik..lagi laa dituntut...ok...selamat membaca semua....~



Siapa Wanita Cantik?

Wanita cantik ialah:

1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…

Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU

1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.

seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN

percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.

3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS

bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4)TABAH DI SAAT TERHINA

setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

5)MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN

bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.

6)MENGASIHI TANPA BALASAN

kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI

Dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.

Khas untuk dirimu…Dirimu yang sedap mataku memandang.Cantik itu subjektif!

Monday 23 April 2012

smoking...



Assalamulaikum semua...
aikk..bkn baru post ker..??ni dah ada yg baru plak..xpa lah, bkn apa..tiba2 idea byk mlm ni..haha...ok, hisap rokok or smoking..tajuk sensitif nie..aku hisap rokok x..??jawapanya TAK..aku PERNAH hisap rokok x..??jawapanya YA..aku pernah try hisap rokok.. ^^  ok..mai nak cita..pertama sekali, alhamdulillah..aku bkn perokok..tp aku pernah cuba hisap..masa skolah rendah..kecik2 pon dah pandai kan..biasala..waktu 2 waktu nk meningkat usia..semua benda nak cuba..pengaruh kawan dan persekitaran time 2 kena ambik kira gak..ok, ada kisah sebenarnya kenapa aku xhisap rokok skrg..

ceritanya begini..masa sekolah rendah dulu, xingat darjah berapa..klu xsilap masa darjah 5 kot..aku pernah try hisap rokok..time 2 hisap rokok dgn sepupu kat umah dia..yg xtahan 2, sekali dgn adik aku plak..apa pnya abg laa kan..huhu..tp, nak dijadikan cerita..masa aku tgah baik pnya dok hisap rokok, bleh plak p kantoi dgn mak menakan @ mak sedara  aku..adoii...mak sedara aku plak p report kat ayah aku..pastu..balik ja rumah..aku kena panggil masok bilik ayah..hmm, taw dah nak kena apa..xdan @ xsempat masuk g aku dah teriak @ nangis siap2..haha..masuk2 ja bilik terus kena tibai dgn tali pinggang ayah..time 2 ayah mmg marah gila..sampai lupa laa org kata..nasib baik mak mai sabaq n tenangkan ayah balik..klu x, mmg lunyai laa aku kena tibai..huhu..masa ayah pukul 2, aku ingt g..aku xckp.."xmaw dah ayah..din xbuat dah..din janji..sakit nie ayah..."huhuhuhu...aku repeat ayat yg sama sampai ayah abeh pukul..ayah plak dok ckp.."apa nak jd dgn ang ni..kecik2 dah pandai hisap rokok..bawa adik sekali plak 2..sepatotnya abg kena tunjuk contoh kat adk..ni ang jd lain plak.."...aduh...mmg sakit gilaa kot..kira tali pinggang 2 sampai terlekang dua laa jadinya..adik kena pukul gak..tp 2 3 kali ja..aku yg lebih..sbb abg..

hmm, disebabkan peristiwa hitam inilah aku tros xhisap rokok smpai skrg..ada gak try balik masa skolah menengah, tp xbuleh sbb sekali sedut ja tros batuk..pastu bila nk hisap, dok teringat masa kena pukul ngn ayah..atas didikan ayah, alhamdulillah..aku bkn seorang perokok skrg..thanks ayah..  ^_^   tp kan, yg menariknya, ayah aku hisap rokok..kuat plak 2..haha..urmm, aku pernah minta izin kat mak nak hisap rokok 2 3 bulan lepas..tgk..anak yg baik..smpai nak hisap rokok pon minta izin..haha..walaupun aku dah taw jwpn mak, tp aku tnya gak..aku saja nak test mak sebenarnya..hehe..~

aku: mak, din nk hisap rokok bleh dak..??
mak: tak boleh..!!
aku: alaa, umor dah 22 mak..dah bleh mngundi pon..bleh laa...
mak: tak boleh..!!
aku: xpa, din beli rokok xpakai duit mak or duit ayah..din pakai duit pt..haha..
mak: nie..toksah dok gatai..org ckp xboleh 2  xboleh laa..jgn dok tnya byk2..esok dah kahwin, p minta izin kat bini sendiri..klu dia bg mmg nmpk sgt dia xsyg kat din...
aku: haha..ke situ plak mak nie..
mak: haa, dah sungguh..tnya byk sgt..ni, ingt mak nak pesan..xda faedah pon hisap rokok 2..dah laa haram..semua 2 cari penyakit..tumpang muda ni jgn laa cuba2 hisap..mcm ayah ampa 2 xbleh nak kata apa dah..mula hisap masa zaman muda, teros susah nak behenti..sbb 2 dia xmaw anak2 dia ikut mcm dia..semua dah besaq pnjg..pandai2 la fikir mana baik n yg mana buruk...

aduh, tros kena bletiaq..haha..gagah sgt nak p tnya..kan dah kena..hehe..xpa, leteran membina..aku dgr ja...ok, jap..mak kata rokok 2 haram..betol ka..??haha..mmg betol pon..ni  sebab mengapa islam mengharamkan rokok....

Antara Fatwa merokok itu HARAM ialah:-* Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwan Islam Malaysia kali ke 37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 di Kuala Lumpur.
* Fatwa yang termasyur di seluruh dunia iaitu Al-Marhum Mufti Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz
* Fatwa Al-Azhar terdahulu iaitu Syeikh Abdullah Al-Masyd (Ketua Lembaga Fatwa Azhar), Dr. Ahmad ‘Umar Hashim’ (Naib Canselor Al-Azhar) dan lain lain.


10 SEBAB MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN ROKOK

1. Rokok menjejaskan akal (mental)
2. Rokok membahayakan kesihatan fizikal
3. Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain
4. Rokok membahayakan keturunan
5. Rokok mengganggu manusia lain
6. Rokok menimbulkan akhlak buruk
7. Rokok mensia-siakan waktu hidup
8. Rokok bercanggah dengan maruah keislaman
9. Rokok membazirkan harta (wang)
10. Rokok mengandungi dadah (nikotin)



Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :
- Melahirkan bayi yang kurang berat badan
- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
- Lebih terdedah kepada kanser
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal

Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :
- Lebih mudah mendapat lelah
- Mendapat jangkitan paru-paru
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak
- Tahap IQ yang rendah

Tahukah Anda ?

Keratan akhbar Berita Harian 1 April 2010 menyiarkan bahawa Profesor Simon Chapman mengesahkan wujudnya kandungan darah babi dalam putung rokok.


Fatwa

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-37 yang bersidang pada 23 Mac bersetuju membuat keputusan bahawa :

"Merokok adalah HARAM dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan"

Fatwa ini berdasarkan dua dalil berikut :


"tidak memudharatkan(orang lain) dan tidak saling memudharatkan(antara satu sama lain)" (HR Ahmad dan Ibnu Majah)


Sayangilah Keluarga Anda

Lihatlah wajah isteri dan anak-anak anda, mereka masih memerlukan anda sebagai seorang suami dan ayah. Siapakah yang bakal menanggung kos rawatan anda jika terkena sebarang kanser akibat rokok ? Siapakah yang bakal menyara mereka jika anda mati akibat rokok ? Relakah anda jika isteri dan anak-anak sakit dan mati kerana rokok yang anda puja-puja selama ini ? Dan andalah pembunuhnya !!!

Fikir-fikirkanlah duhai saudaraku. Berubahlah sebelum terlambat !




Konklusinya, aku bersyukur kerana disebabkan didikan ayah dan mak, aku bukan seorang perokok skrg..alhamdulillah, ALLAH  masih lindung aku dari hisak rokok ni smpai skrg..my future wife pon jgn takot eh, abg xkan hisap rokok..smpai bila2..insyaAllah...hehe..tiba2 ja kan..ada pon x..so, nak pesan cikit lah..kepada kwn2 yg hisap rokok..tolong2 laa behenti k..jgn stop secara drastik, takot jantung xbleh terima plak..tp stop slow2..kalau sehari 10 btg, kurangkan jd 8 dulu ka..pastu lama2 lg turun laa..insyaAllah..klu niat kita baik, Allah akan tolong punya..cuma masa ja yg akn menentukan..yg pasti, kita kena usaha untuk behenti dulu..jgn harap doa saja n tnggu masa 2 akan dtg..xbetol cara 2..kita kena usaha dulu..ok..BETOLKAN YANG BIASA, dan BIASAKAN YANG BETOL...wallahu'alam...sekian...~


Green vs Purple

Assalamualaikum semua..
hari ni aku nk cita bab psikoligi warna cikit..memandangkan ada seorang sahabat yg entry nya pasal warna..so, aku pon nk tiru gak lah..bkn apa, sudah ketandusan idea..haha..itu saje..tp, yg menarik untuk dikongsikan di sini ialah brkenaan dgn title entry kali ni..why green vs purple..??haha..apa mksd nya..??ok2, sebenornya..aku ni peminat warna hijau..aku suka tgk wrna hijau..sbb apa..??sbb hijau ni melambangkan ketenangan..prasan tak, masjid yg wrnanya hijau pasti tampak lebih islamik ckit..tenang dan rasa aman..bkn nk kata masjid warna lain ni xbagus, panas dan sebagainya..cuma maksd aku 'lebih' tenang..jgn salah phm k..ni pndapat peribadi aku laa..opinion masih bleh dipertikai or diperdebatkan lg..klu statement baru laa kena betol2..kan..??  ^_^  

ok, tp apa sangkut paut dgn purple plak..??haha..sebenornya xda pa2 pon..saja wat gimik..hehe..  =)  so, ni adalah mksd mengikut pilihan warna.....:  


Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada empat warna utama : merah, hijau, kuning dan biru.
Biarpun tidak dapat dinyatakan daripada sudut saintifik, umum menerima warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza dan mempunyai pengaruh dalam setiap aspek kehidupan manusia, termasuk personaliti.

Merah – Melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mempercepatkan denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan berahi.

Merah terang – Mewakili kekuatan, kemahuan atau cita-cita. Warna ini turut melambangkan agresif, aktif, kemahuan keras, penuh ghairah dan dominasi.

Merah jambu – Romantis, feminin, pengemas dan penuh jenaka.

Biru - Ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi dan pernafasan sekali gus membantu meningkatkan kesihatan diri.

Biru tua – Melambangkan perasaan yang mendalam. Bersifat perasa, bersikap tenang, bijaksana, tidak mudah tersinggung dan mempunyai ramai kenalan.

Biru muda – Warna ini melambangkan keteguhan dan bertahan. Bagaimanapun, penggemarnya sedikit keras kepala, sering bangga diri dan berpendirian tetap.

Kuning – Mewakili sifat kegembiraan, cukup santai, mempunyai cita-cita setinggi langit.

Kuning terang – Melambangkan sifat spontan dan toleransi. Begitu menonjol tetapi berubah-ubah sikap, suka berharap dan dermawan.

Hijau – Melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keras hati. Mempunyai peribadi yang keras dan berkuasa. Warna ini mampu meningkatkan rasa bangga. Penggemar warna ini sering menjadi pilihan untuk mendapatkan nasihat.

Kelabu – Samar-samar karektornya. Kecenderungan lebih neutral.

Hitam – Melambangkan kehidupan yang terhenti dan memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan dan kerosakan.

Coklat – Suka merebut, tidak bertolak ansur, pesimis terhadap kesejahteraan dan kebahagiaan masa depan.

Ungu – Warna ini adalah campuran warna merah dan biru. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi selalu penuh harapan.



ni adalah kajian psikologi sja..so, xda laa 100% boleh caya...bergantung kat individu 2 jgk..kan..??klu tgk warna hijau..katanya penggemar warna ini mempunyai peribadi yg keras dan berkuasa..haha..aku xpon..tp ada la cikit kot..aku keras sbgai lelaki dan berkuasa terhadap adik2 aku..kahkah..~ye laa..dah nama pon anak sulong..aku kan abg..(dialog dlm iklan)...tp bab pilihan untuk mndapatkan nasihat 2 aku setuju..hehe..sbbnya, ada member2 yg rapat minta nasihat gak..so, sbgai kawan..kita tolong je laa yg mana mampu..  ^^   finally, apa pon warna yg kita minat, karakter kita xperlu bergantung pada makna disebalik semua warna ni..yg pasti, sebagai manusia yg waras fikiran, kita perlu tahu nak beza mana yg baik n mana yg buruk..yg xbetol kita ubah..hmm, ok..sampai sini saja...tata..~  ^_^


Wednesday 18 April 2012

TANDA-TANDA ALLAH SAYANG KITA

Diberikan kesedihan.
Dengan kesedihan itu kita akan sering menyembut namaNya.

Diberi kesakitan.
Dengan kesakitan itu kita akan sentiasa memohon kesembuhan dariNya.

Diberikan kesusahan.
Dengan kesusahan itu kita akan menjadi redha.

Di berikan kehilangan.
Dengan kehilangan itu kita meminta yang terbaik dari Allah.

Di berikan penderitaan.
kerana hanya jiwa yang menderita akan selalu dekat pada Allah.

Diberikan kemiskinan.
kerana Allah mahu kita meminta kepadaNya.

Diberi kehinaan.
kerana Allah mahu kita mohon kemuliaan dariNya.

Oleh itu ...
jangan terlalu banyak ketawa.
jangan terlalu bersuka ria.
kerana Allah akan jauh dari kita.















Monday 16 April 2012

Liverpool.......!!!!


Assalamualaikum semua...
haa, tgk tajuk pon dah taw aku nk tulis pasal apa kan..haha..untuk pengetahuan semua, aku nie fan Liverpool...dulu, kini dan selamanya..  ^_^   sbb apa sokong liverpool..??xtaw laa..org kata, kita xperlukan sbb untuk mencintai seseorang..so, sama laa..aku pon xperlukan sbb untuk minat liverpool..haha..xda laa, aku minat liverpool sbb cara depa main..walaupun kdg2 agak menyakitkan hati..dok kalah dan sebagainya, tp aku ttp sokong sbb xkan setiap kali main nak menang ja..haha..biasa la adat permainan..ada yg mng n ada yg kalah..x gitu..??hehe..bola pon bulat je kan.. -_-  ehem..ehem..untuk season nie, Liverpool akan masuk final buat kali kedua..hari 2 dah mng carling cup..n last two days, Liverpool mng semi final FA cup..masuk final jumpa Chelsea...harap2 menang lagi laa..klu kedudukan dlm liga (EPL) jgn tnya laa erk..agak teruk ar..no 8..huhu..  =(   xpa2..think positive...musim dpn ada g..relax sudah..hehe..~

ni laa logo Liverpool..  ^_^


kata keramat liverpool..


the one and only..captain..steven gerrard..


carling cup 2012


Kenny Dalgish (tengah)..manager Liverpool..


LIVERPOOL FC


antara puluhan ribu fan liverpool..aku pon ada sekali dlm 2..haha..~cer cari..~



aku pon gak..hehe..!!
sambil update blog 2..  ^_^   haha..tipu ja..gambor sem lepas...

sekian.....zzzz.....~~~





Saturday 14 April 2012

jauh perjalanan, luas pemandangan..~



Assalamualaikum semua..
ok, dah lama xupdate..mnggu last dah nie..  ^^  xpa2, bak kata pepatah melayu, 'biar lambat asal selamat..'hehe...hmm, kali ni aku nk cita pasal jalan-jalan..untuk pngetahuan semua...aku ni kaki jalan..mmg laa kegunaan kaki utk berjalan pon kan..haha..mksdnya kat sini, aku suka travel..klu xtravel pon, aku suka cam keluar2, amek angin, tgk tmpt org, cari pngalaman..lebih krg cam 2 laa..untung bakal org umah ak nnt..haha..  ^_^  nak cita satu2 cam pnjg ja..so, ak bykkan gambar je la eh..haa, sblom 2 nk cita..aku ni walaupun dah hidup 22 tahun, tp aku still xdpt peluang utk naik kapal terbang n travel jauh2 or keluar dari malaysia g..maybe sbb family aku org biasa2 ja n rezeki 2 xda lg..tp mak n adik yg bongsu dah pernah naik..ni yg agak jeles..huhu..tp semua 2 xhalang untuk aku keluar n learn something dari tmpt org...xkisah pon bab2 naik flight nie coz  pnjg g masa..insyaAllah rezeki 2 akan dtg..klu xnaik p travel pon, aku berdoa minta Allah bg keizinan utk tunaikan haji kat Mekah satu hari nnt..naik flight gak kn..hehe..amin..  ^_^

:: entry kali ni byk gmbar dari cerita...~


nie masa p thailand..haha..thailand laa sgt..kat sempadan ja..area wang kelian.. ^^


di londan..haha..kat genting ja..  =_=


melaka...!!


tasik dayang bunting, pulau langkawi..


port dickson..


tasik banding..otw nak ke kelantan..


cameron highland..


dah abis dah..haha..ada lg sebenaqnya..tp ckup laa nk share ckit2..mampu laa nak letak semua gambor..hmm, klu nak taw kan..kebanyakkan aku p travel ni, aku drive keta sendiri..kelisa warna mas 2 laa..baru layan klu drive sndiri..n klu nak taw gak, aku pernah konvoi naik moto (Yamaha LC 135) pusing satu semenanjung tahun lepas..dalam bulan 5 cam 2..p ngan member..tp malangnya, semua gambar 2 ada kat member aku lg..xsempat nk copy..insyaAllah, klu sempat nnt aku share ok..tp ni ada ckit gambor ngan moto masa diploma kat arau dulu..



block jalan..  ^_^


kawal jln..hehe...



dah smpai ke destinasi..

gang Lc  uitm arau..ni kat pdg besar, perlis..


so, cukup laa kot..tunggu next entry plak k..~
wassalam....  ^_^