Saturday 28 April 2012

FINAL CHAMPION LEAGUES

  BAYERN MUNICH vs CHELSEA






stadium 









jom pakat tengok nanti.......!!!!!!




Thursday 26 April 2012

wanita

Assalamualaikum semua..
ok, kalau entry yg lepas aku tulis isu yg berkaitan dgn rokok, isu rokok ni orang selalu kaitkan dengan lelaki..so, kali nie..aku nk post pasal wanita plak..hehe..xda la pandai sgt..cuma sekadar berkongsi...  ^_^  apa yg aku tulis nie sebenornya aku ambil dari satu page..tp xingat kat mana..bukan niat nak curi hak penulisan org, cuma aku rasa xsalah untuk berkongsi dlm bab2 ilmu..sebab mungkin ada dlm kalangan kawan2 yg baca blog aku xpernah baca pasal benda ni..betol tak..??kan nabi kita dah pesan.."sampaikan lah olehmu dariku walaupun satu ayat"..maksudnya, kita kena sebarkan ilmu dan berkongsi dgn semua org..tmbh2 dalam bab yg baik..lagi laa dituntut...ok...selamat membaca semua....~



Siapa Wanita Cantik?

Wanita cantik ialah:

1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…

Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU

1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.

seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN

percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.

3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS

bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4)TABAH DI SAAT TERHINA

setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

5)MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN

bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.

6)MENGASIHI TANPA BALASAN

kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI

Dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.

Khas untuk dirimu…Dirimu yang sedap mataku memandang.Cantik itu subjektif!

Monday 23 April 2012

smoking...



Assalamulaikum semua...
aikk..bkn baru post ker..??ni dah ada yg baru plak..xpa lah, bkn apa..tiba2 idea byk mlm ni..haha...ok, hisap rokok or smoking..tajuk sensitif nie..aku hisap rokok x..??jawapanya TAK..aku PERNAH hisap rokok x..??jawapanya YA..aku pernah try hisap rokok.. ^^  ok..mai nak cita..pertama sekali, alhamdulillah..aku bkn perokok..tp aku pernah cuba hisap..masa skolah rendah..kecik2 pon dah pandai kan..biasala..waktu 2 waktu nk meningkat usia..semua benda nak cuba..pengaruh kawan dan persekitaran time 2 kena ambik kira gak..ok, ada kisah sebenarnya kenapa aku xhisap rokok skrg..

ceritanya begini..masa sekolah rendah dulu, xingat darjah berapa..klu xsilap masa darjah 5 kot..aku pernah try hisap rokok..time 2 hisap rokok dgn sepupu kat umah dia..yg xtahan 2, sekali dgn adik aku plak..apa pnya abg laa kan..huhu..tp, nak dijadikan cerita..masa aku tgah baik pnya dok hisap rokok, bleh plak p kantoi dgn mak menakan @ mak sedara  aku..adoii...mak sedara aku plak p report kat ayah aku..pastu..balik ja rumah..aku kena panggil masok bilik ayah..hmm, taw dah nak kena apa..xdan @ xsempat masuk g aku dah teriak @ nangis siap2..haha..masuk2 ja bilik terus kena tibai dgn tali pinggang ayah..time 2 ayah mmg marah gila..sampai lupa laa org kata..nasib baik mak mai sabaq n tenangkan ayah balik..klu x, mmg lunyai laa aku kena tibai..huhu..masa ayah pukul 2, aku ingt g..aku xckp.."xmaw dah ayah..din xbuat dah..din janji..sakit nie ayah..."huhuhuhu...aku repeat ayat yg sama sampai ayah abeh pukul..ayah plak dok ckp.."apa nak jd dgn ang ni..kecik2 dah pandai hisap rokok..bawa adik sekali plak 2..sepatotnya abg kena tunjuk contoh kat adk..ni ang jd lain plak.."...aduh...mmg sakit gilaa kot..kira tali pinggang 2 sampai terlekang dua laa jadinya..adik kena pukul gak..tp 2 3 kali ja..aku yg lebih..sbb abg..

hmm, disebabkan peristiwa hitam inilah aku tros xhisap rokok smpai skrg..ada gak try balik masa skolah menengah, tp xbuleh sbb sekali sedut ja tros batuk..pastu bila nk hisap, dok teringat masa kena pukul ngn ayah..atas didikan ayah, alhamdulillah..aku bkn seorang perokok skrg..thanks ayah..  ^_^   tp kan, yg menariknya, ayah aku hisap rokok..kuat plak 2..haha..urmm, aku pernah minta izin kat mak nak hisap rokok 2 3 bulan lepas..tgk..anak yg baik..smpai nak hisap rokok pon minta izin..haha..walaupun aku dah taw jwpn mak, tp aku tnya gak..aku saja nak test mak sebenarnya..hehe..~

aku: mak, din nk hisap rokok bleh dak..??
mak: tak boleh..!!
aku: alaa, umor dah 22 mak..dah bleh mngundi pon..bleh laa...
mak: tak boleh..!!
aku: xpa, din beli rokok xpakai duit mak or duit ayah..din pakai duit pt..haha..
mak: nie..toksah dok gatai..org ckp xboleh 2  xboleh laa..jgn dok tnya byk2..esok dah kahwin, p minta izin kat bini sendiri..klu dia bg mmg nmpk sgt dia xsyg kat din...
aku: haha..ke situ plak mak nie..
mak: haa, dah sungguh..tnya byk sgt..ni, ingt mak nak pesan..xda faedah pon hisap rokok 2..dah laa haram..semua 2 cari penyakit..tumpang muda ni jgn laa cuba2 hisap..mcm ayah ampa 2 xbleh nak kata apa dah..mula hisap masa zaman muda, teros susah nak behenti..sbb 2 dia xmaw anak2 dia ikut mcm dia..semua dah besaq pnjg..pandai2 la fikir mana baik n yg mana buruk...

aduh, tros kena bletiaq..haha..gagah sgt nak p tnya..kan dah kena..hehe..xpa, leteran membina..aku dgr ja...ok, jap..mak kata rokok 2 haram..betol ka..??haha..mmg betol pon..ni  sebab mengapa islam mengharamkan rokok....

Antara Fatwa merokok itu HARAM ialah:-* Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwan Islam Malaysia kali ke 37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 di Kuala Lumpur.
* Fatwa yang termasyur di seluruh dunia iaitu Al-Marhum Mufti Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz
* Fatwa Al-Azhar terdahulu iaitu Syeikh Abdullah Al-Masyd (Ketua Lembaga Fatwa Azhar), Dr. Ahmad ‘Umar Hashim’ (Naib Canselor Al-Azhar) dan lain lain.


10 SEBAB MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN ROKOK

1. Rokok menjejaskan akal (mental)
2. Rokok membahayakan kesihatan fizikal
3. Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain
4. Rokok membahayakan keturunan
5. Rokok mengganggu manusia lain
6. Rokok menimbulkan akhlak buruk
7. Rokok mensia-siakan waktu hidup
8. Rokok bercanggah dengan maruah keislaman
9. Rokok membazirkan harta (wang)
10. Rokok mengandungi dadah (nikotin)



Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :
- Melahirkan bayi yang kurang berat badan
- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
- Lebih terdedah kepada kanser
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal

Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :
- Lebih mudah mendapat lelah
- Mendapat jangkitan paru-paru
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak
- Tahap IQ yang rendah

Tahukah Anda ?

Keratan akhbar Berita Harian 1 April 2010 menyiarkan bahawa Profesor Simon Chapman mengesahkan wujudnya kandungan darah babi dalam putung rokok.


Fatwa

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-37 yang bersidang pada 23 Mac bersetuju membuat keputusan bahawa :

"Merokok adalah HARAM dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan"

Fatwa ini berdasarkan dua dalil berikut :


"tidak memudharatkan(orang lain) dan tidak saling memudharatkan(antara satu sama lain)" (HR Ahmad dan Ibnu Majah)


Sayangilah Keluarga Anda

Lihatlah wajah isteri dan anak-anak anda, mereka masih memerlukan anda sebagai seorang suami dan ayah. Siapakah yang bakal menanggung kos rawatan anda jika terkena sebarang kanser akibat rokok ? Siapakah yang bakal menyara mereka jika anda mati akibat rokok ? Relakah anda jika isteri dan anak-anak sakit dan mati kerana rokok yang anda puja-puja selama ini ? Dan andalah pembunuhnya !!!

Fikir-fikirkanlah duhai saudaraku. Berubahlah sebelum terlambat !




Konklusinya, aku bersyukur kerana disebabkan didikan ayah dan mak, aku bukan seorang perokok skrg..alhamdulillah, ALLAH  masih lindung aku dari hisak rokok ni smpai skrg..my future wife pon jgn takot eh, abg xkan hisap rokok..smpai bila2..insyaAllah...hehe..tiba2 ja kan..ada pon x..so, nak pesan cikit lah..kepada kwn2 yg hisap rokok..tolong2 laa behenti k..jgn stop secara drastik, takot jantung xbleh terima plak..tp stop slow2..kalau sehari 10 btg, kurangkan jd 8 dulu ka..pastu lama2 lg turun laa..insyaAllah..klu niat kita baik, Allah akan tolong punya..cuma masa ja yg akn menentukan..yg pasti, kita kena usaha untuk behenti dulu..jgn harap doa saja n tnggu masa 2 akan dtg..xbetol cara 2..kita kena usaha dulu..ok..BETOLKAN YANG BIASA, dan BIASAKAN YANG BETOL...wallahu'alam...sekian...~


Green vs Purple

Assalamualaikum semua..
hari ni aku nk cita bab psikoligi warna cikit..memandangkan ada seorang sahabat yg entry nya pasal warna..so, aku pon nk tiru gak lah..bkn apa, sudah ketandusan idea..haha..itu saje..tp, yg menarik untuk dikongsikan di sini ialah brkenaan dgn title entry kali ni..why green vs purple..??haha..apa mksd nya..??ok2, sebenornya..aku ni peminat warna hijau..aku suka tgk wrna hijau..sbb apa..??sbb hijau ni melambangkan ketenangan..prasan tak, masjid yg wrnanya hijau pasti tampak lebih islamik ckit..tenang dan rasa aman..bkn nk kata masjid warna lain ni xbagus, panas dan sebagainya..cuma maksd aku 'lebih' tenang..jgn salah phm k..ni pndapat peribadi aku laa..opinion masih bleh dipertikai or diperdebatkan lg..klu statement baru laa kena betol2..kan..??  ^_^  

ok, tp apa sangkut paut dgn purple plak..??haha..sebenornya xda pa2 pon..saja wat gimik..hehe..  =)  so, ni adalah mksd mengikut pilihan warna.....:  


Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada empat warna utama : merah, hijau, kuning dan biru.
Biarpun tidak dapat dinyatakan daripada sudut saintifik, umum menerima warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza dan mempunyai pengaruh dalam setiap aspek kehidupan manusia, termasuk personaliti.

Merah – Melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mempercepatkan denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan berahi.

Merah terang – Mewakili kekuatan, kemahuan atau cita-cita. Warna ini turut melambangkan agresif, aktif, kemahuan keras, penuh ghairah dan dominasi.

Merah jambu – Romantis, feminin, pengemas dan penuh jenaka.

Biru - Ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi dan pernafasan sekali gus membantu meningkatkan kesihatan diri.

Biru tua – Melambangkan perasaan yang mendalam. Bersifat perasa, bersikap tenang, bijaksana, tidak mudah tersinggung dan mempunyai ramai kenalan.

Biru muda – Warna ini melambangkan keteguhan dan bertahan. Bagaimanapun, penggemarnya sedikit keras kepala, sering bangga diri dan berpendirian tetap.

Kuning – Mewakili sifat kegembiraan, cukup santai, mempunyai cita-cita setinggi langit.

Kuning terang – Melambangkan sifat spontan dan toleransi. Begitu menonjol tetapi berubah-ubah sikap, suka berharap dan dermawan.

Hijau – Melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keras hati. Mempunyai peribadi yang keras dan berkuasa. Warna ini mampu meningkatkan rasa bangga. Penggemar warna ini sering menjadi pilihan untuk mendapatkan nasihat.

Kelabu – Samar-samar karektornya. Kecenderungan lebih neutral.

Hitam – Melambangkan kehidupan yang terhenti dan memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan dan kerosakan.

Coklat – Suka merebut, tidak bertolak ansur, pesimis terhadap kesejahteraan dan kebahagiaan masa depan.

Ungu – Warna ini adalah campuran warna merah dan biru. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi selalu penuh harapan.



ni adalah kajian psikologi sja..so, xda laa 100% boleh caya...bergantung kat individu 2 jgk..kan..??klu tgk warna hijau..katanya penggemar warna ini mempunyai peribadi yg keras dan berkuasa..haha..aku xpon..tp ada la cikit kot..aku keras sbgai lelaki dan berkuasa terhadap adik2 aku..kahkah..~ye laa..dah nama pon anak sulong..aku kan abg..(dialog dlm iklan)...tp bab pilihan untuk mndapatkan nasihat 2 aku setuju..hehe..sbbnya, ada member2 yg rapat minta nasihat gak..so, sbgai kawan..kita tolong je laa yg mana mampu..  ^^   finally, apa pon warna yg kita minat, karakter kita xperlu bergantung pada makna disebalik semua warna ni..yg pasti, sebagai manusia yg waras fikiran, kita perlu tahu nak beza mana yg baik n mana yg buruk..yg xbetol kita ubah..hmm, ok..sampai sini saja...tata..~  ^_^


Wednesday 18 April 2012

TANDA-TANDA ALLAH SAYANG KITA

Diberikan kesedihan.
Dengan kesedihan itu kita akan sering menyembut namaNya.

Diberi kesakitan.
Dengan kesakitan itu kita akan sentiasa memohon kesembuhan dariNya.

Diberikan kesusahan.
Dengan kesusahan itu kita akan menjadi redha.

Di berikan kehilangan.
Dengan kehilangan itu kita meminta yang terbaik dari Allah.

Di berikan penderitaan.
kerana hanya jiwa yang menderita akan selalu dekat pada Allah.

Diberikan kemiskinan.
kerana Allah mahu kita meminta kepadaNya.

Diberi kehinaan.
kerana Allah mahu kita mohon kemuliaan dariNya.

Oleh itu ...
jangan terlalu banyak ketawa.
jangan terlalu bersuka ria.
kerana Allah akan jauh dari kita.















Monday 16 April 2012

Liverpool.......!!!!


Assalamualaikum semua...
haa, tgk tajuk pon dah taw aku nk tulis pasal apa kan..haha..untuk pengetahuan semua, aku nie fan Liverpool...dulu, kini dan selamanya..  ^_^   sbb apa sokong liverpool..??xtaw laa..org kata, kita xperlukan sbb untuk mencintai seseorang..so, sama laa..aku pon xperlukan sbb untuk minat liverpool..haha..xda laa, aku minat liverpool sbb cara depa main..walaupun kdg2 agak menyakitkan hati..dok kalah dan sebagainya, tp aku ttp sokong sbb xkan setiap kali main nak menang ja..haha..biasa la adat permainan..ada yg mng n ada yg kalah..x gitu..??hehe..bola pon bulat je kan.. -_-  ehem..ehem..untuk season nie, Liverpool akan masuk final buat kali kedua..hari 2 dah mng carling cup..n last two days, Liverpool mng semi final FA cup..masuk final jumpa Chelsea...harap2 menang lagi laa..klu kedudukan dlm liga (EPL) jgn tnya laa erk..agak teruk ar..no 8..huhu..  =(   xpa2..think positive...musim dpn ada g..relax sudah..hehe..~

ni laa logo Liverpool..  ^_^


kata keramat liverpool..


the one and only..captain..steven gerrard..


carling cup 2012


Kenny Dalgish (tengah)..manager Liverpool..


LIVERPOOL FC


antara puluhan ribu fan liverpool..aku pon ada sekali dlm 2..haha..~cer cari..~



aku pon gak..hehe..!!
sambil update blog 2..  ^_^   haha..tipu ja..gambor sem lepas...

sekian.....zzzz.....~~~





Saturday 14 April 2012

jauh perjalanan, luas pemandangan..~



Assalamualaikum semua..
ok, dah lama xupdate..mnggu last dah nie..  ^^  xpa2, bak kata pepatah melayu, 'biar lambat asal selamat..'hehe...hmm, kali ni aku nk cita pasal jalan-jalan..untuk pngetahuan semua...aku ni kaki jalan..mmg laa kegunaan kaki utk berjalan pon kan..haha..mksdnya kat sini, aku suka travel..klu xtravel pon, aku suka cam keluar2, amek angin, tgk tmpt org, cari pngalaman..lebih krg cam 2 laa..untung bakal org umah ak nnt..haha..  ^_^  nak cita satu2 cam pnjg ja..so, ak bykkan gambar je la eh..haa, sblom 2 nk cita..aku ni walaupun dah hidup 22 tahun, tp aku still xdpt peluang utk naik kapal terbang n travel jauh2 or keluar dari malaysia g..maybe sbb family aku org biasa2 ja n rezeki 2 xda lg..tp mak n adik yg bongsu dah pernah naik..ni yg agak jeles..huhu..tp semua 2 xhalang untuk aku keluar n learn something dari tmpt org...xkisah pon bab2 naik flight nie coz  pnjg g masa..insyaAllah rezeki 2 akan dtg..klu xnaik p travel pon, aku berdoa minta Allah bg keizinan utk tunaikan haji kat Mekah satu hari nnt..naik flight gak kn..hehe..amin..  ^_^

:: entry kali ni byk gmbar dari cerita...~


nie masa p thailand..haha..thailand laa sgt..kat sempadan ja..area wang kelian.. ^^


di londan..haha..kat genting ja..  =_=


melaka...!!


tasik dayang bunting, pulau langkawi..


port dickson..


tasik banding..otw nak ke kelantan..


cameron highland..


dah abis dah..haha..ada lg sebenaqnya..tp ckup laa nk share ckit2..mampu laa nak letak semua gambor..hmm, klu nak taw kan..kebanyakkan aku p travel ni, aku drive keta sendiri..kelisa warna mas 2 laa..baru layan klu drive sndiri..n klu nak taw gak, aku pernah konvoi naik moto (Yamaha LC 135) pusing satu semenanjung tahun lepas..dalam bulan 5 cam 2..p ngan member..tp malangnya, semua gambar 2 ada kat member aku lg..xsempat nk copy..insyaAllah, klu sempat nnt aku share ok..tp ni ada ckit gambor ngan moto masa diploma kat arau dulu..



block jalan..  ^_^


kawal jln..hehe...



dah smpai ke destinasi..

gang Lc  uitm arau..ni kat pdg besar, perlis..


so, cukup laa kot..tunggu next entry plak k..~
wassalam....  ^_^


Saturday 7 April 2012

~Tazkirah~

Assalamualaikum semua..
ok, rasa mcm baru tulis ja pg td..xpa2..sbb lama xupdate..so, bleh cover balik laa..  ^_^  baik..tiba2 malam ni terasa mcm nk bg tazkirah cikit..bkn nk tunjuk hebat or tunjuk pandai..cuma sekadar ingin berkongsi dan sama2 peringat antara satu sama lain..seperti firman Allah dalam surah al-asr :




so, benar lah..manusia ni suka lupa..jd xsalah nk peringat antara kita..ok..tazkirah ni bertajuk "dari titik peluh sendiri" dalam kategori bab akidah..

Hadith :
Dari Zubair bin Awwam r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:”Apabila kamu menyiapkan seutas tali, lalu pergi mencari kayu api, kemudian dibawanya seikat kayu di punggungnya lalu dijualnya dan Allah memberi kecukupan bagi keinginannya, itulah yang lebih baik baginya daripada ia meminta-minta kepada orang ramai diberi ataupun tidak.”  (al-Bukhari)

Huraian
Orang yang berjaya ialah orang yang mampu menempuh berbagai rintangan dan cabaran dalam hidup. Walau daripada mana ceruk asal seseorang itu, sekiranya dia rajin berusaha maka kejayaan akan menjadi miliknya. Bukankah rezeki Allah S.W.T ada di mana-mana. Cuma yang bakal menentukan hanyalah ‘mahu’ atau ‘tidak’ kerana kemalasan akan menjunamkan seseorang itu ke lembah kehinaan. Begitu juga dengan sikap malu hendaknya biarlah bertempat. Kata orang malu bertanya sesat jalan, malu makan perut lapar dan malu dalam mencari rezeki alamat hidup akan melarat. Sesungguhnya Islam memandang mulia pada manusia yang bekerja membanting tulang empat kerat untuk mencari sesuap nasi atau rezeki yang halal berbanding dengan mereka yang hidup meminta-minta daripada orang lain.



carilah rezeki yg halal..usaha sendiri dah usah terlalu meminta-minta


tempat meminta yg utama ialah menadah tangan dan berdoa kpd Allah..




sekian, wassalam...~

Friday 6 April 2012

~touching..???perlu ka..??

Assalamualaikum semua..
okeh, entry kali ni nk cita pasal bab2 touching nie...bkn niat nk tuju kat sapa2..cuma terpanggil nk tulis sbb seminggu dua ni ramai member yg touching n buat2 touching..hampeh tol..~

hmm, nk tnya..perlu ka terasa hati..??aku ckp dlm konteks kawan..bkn dgn family or lain2..ok, sapa2 yg ckp perlu..tahniah..anda betul..hehe..~k, sebenarnya bnda ni lumrah hidup..hati manusia mmg akn terasa..cuma bezanya ckit or byk n lmbt ke cpat..kita akan terasa sbb xsemua org bleh ikot n buat mcm apa yg kita nak..kan..??mak aku penah ckp, "din..buat baik berpada-pada...bkn apa, tkot nnt bila din buat baik sgt dgn org, kemudian bila din perlukn depa, depa xtolong mcm apa yg din buat kat depa, din akan tersa hati nnt..kdg2, ada sesetengah kwn yg dia xsedar dia dah buat kita terasa n sakit hati..."  so, betol x apa yg mak ckp..??mmg betol pon, kan ada lirik lagu, "buat baik berpada-pada, buat jahat jgn sekali.."



aku pernah terasa x..??yes, pernah..haha..biasa laa kan ..manusia...tp xla slalu sgt..smpi member mkn xajak nak terasa, keluar jln2 xajak nak terasa...xda laa smpi cam 2..mampu laa semua benda nk terasa..sebagai laki, aku kna laa kuat..even, kdg2 ada bnda yg member buat aku terasa, aku kena pretend mcm xda pa2 yg berlaku..mcm gmbor kat atas.. ^_^  aku buat semua 2 sbb nk jga hati kwn n xnak gaduh2..xsemua org bleh puaskan kita..dan kena ingt..kita pon xbleh nk jaga hati semua org..just buat yg terbaik n setakat yg kita mampu...biar lah org nk lupa kat kita bila kita xdiperlukan..kita xmampu nk kawal semua benda..yg pasti, kita berdoa minta kebaikan kita 2 Allah bg blasan yg baik n mudah-mudahan kwn kita ni bahagia dan pintu hati mereka akan terbuka suatu hari nnt...insyaAllah....











....Hati kita, biar Dia yg tahu...~


Monday 2 April 2012

To Do List

Assalamualaikum semua...
Firstly nk minta maaf dkt puan azfa sbb xmasuk kelas last sunday..i fail to manage time to wake up early the morning..mlm 2 xboleh lena, thats why lmbt bngun..sdar2 dah pukol 8.30..mna nk sempat..huhu..g satu, nk minta maaf kat puan azfa jgk sbb lmbt update blog..i know that, it is part of my job or task..tp kerana beberapa halangan, bnda ni jd lmbt..internet lah, xtahu nk tulis apa lah, laptop lah..aishh..alasan je kn..xpa2, i will improve myself n akan cuba update blog seberapa cepat yg mampu..ok..~ ^_^


So, ni To Do List yg Madam Azfa minta :


hehe..  ^^



Sabtu - 31 March 2012

1. Sembahyang 
2. Melawat Perlis.. ^_^
3. Shopping



Ahad - 1 April 2012


1. Sembahyang
2. Masuk kelas
3. Futsal
4. Gosok baju untuk kelas hari Isnin
5. Study QMT-esok ada quiz


Isnin - 2 April 2012


1. Sembahyang
2. Masuk kelas

3. Bersukan
4. Buat nota & revision

Selasa - 3 April 2012


1. Sembahyang
2. Masuk kelas
3. Futsal
4. Buat nota & revision




# Jumpa lg..........~   ^_^











Thursday 29 March 2012

~pengalaman~

Assalamualaikum semua..
ok, entry kali ni aku nk cita bab pengalaman..pengalaman yg bagaimana..??haa..itu yg kita xtaw...hehe..mlawak ja.. =)  k, alhamdulillah..dgn izin dari Allah, aku dah hidup kat dunia nie lbih krg 21 tahun 10 bulan..so, sepanjang perjalanan hidup aku ni, tidak byk ckit aku dah pernah alami mcm2 pengalaman..yg manis, pahit, masam, masin..semua ckup lah..hehe..so, kehidupan kita ni akan lebih bermakna dgn adanya pengalaman2 nie semua..bak kata seorng ustaz, "kehidupan kita ni sebenarnya tiada kegagalan, tp hakikat nya ia adalah satu pengalamn serta pengajaran dalam hidup untuk jadikan kita seorang yg lebih baik.."

aku nk kongsi cerita ckit bab pengalaman aku ni..tp memandangkan dalam seminggu nk kena update blog 3 kali, so, aku ambil keputusan untuk cerita pengalaman2 aku nie pda entry yg seterusya..hehe.klu cerita semua dlm entry ni, nnt nk update yg baru xtahu nk tulis apa dah..^_^...pn azfa jgn marah ok..
ckup lah sekadar mukadimah untuk kali ni..  =) jumpa di lain waktu..dah ngantok..zzzzz  ^^

masa form 5..wakil penang utk anugerah pengarah urusan terbaik (program usahawan muda)..

kawad kaki krs..tempat ke-5 peringkat kebangsaan di johor..masa form2 (2004)

apa yg beza dgn sekarang..??  ^_^

zaman muda mereka..~


ada byk g gmbr..nnt aku akan kongsi lagi beserta ceritanya sekali..ok..  ^_^

Friday 23 March 2012

kenapa 'aku bukan dia'...???

Assalamualaikum semua..
seperti yg dijanjikan..kali nie aku nk cita sbb apa aku pilih nma blog aku, 'aku bukan dia'..ok, sebenarnya ada beberapa sbb knapa aku pilih nama ni..antaranya adalah kerana suka2..hehe..mlawak ja..hmm..cerita dia mcm ni..aku nie org yg jenis kdg2 suka dok sorang2 dan fikir blik apa yg aku dah buat n apa yg aku nk buat nnt..tp xslalu laa..lbih kurang macam muhasabah diri gak..ke mmg muhasabah diri..??hehe..ntah..  ^_^  eh, apa kaitan semua ni dgn nama blog aku..??ada kaitan nya..sabor ye..meh nak cita..kisah dan kaitan nya byk..tp yg pling besar dan mendalam kesannya ialah aku pernah berkawan dgn seorang gadis yg usianya muda setahun dari aku..perkenalan kami bertahan lebih krg 4 tahun ja..mcm mna kami kenal dan siapa gadis berkenaan aku xnak cita..coz xsemua benda boleh dikhabarkan utk bacaan umum..privacy kena jga gak.. =)  cuma nk cita kat sini, kami putus sbb parent gadis yg aku kwn nie minta putus..parent dia xkenal lg aku..sbb jauh, susah nk jumpa dan aku pon rasa mcm awal sgt nk g jumpa family..time nk putus 2 aku baru nk start masok dgree..apa pon xda g..huhu..k, then, ma ngan abah dia ni dah ada someone utk dijodohkan dgn si gadis ni..bg aku dgn dia, kami xda masalah apa2..malah masih lg suka antara satu sama lain dan masih lg nak kenal n belajar pasal diri masing2..tp malangnya hubungan kami ni kena stop..xker sedih..??bukan aku xcuba bangun dah pertahankan hubungan kami, cumanya atas nasihat mak aku, lbih baik lepaskan dia sbb mungkin itu yg lebih baik utk dia dan aku..jap, lupa nk ckp..aku rpat dgn mak..dan kbanyakkan bnda aku akn share ngn mak..ok, smbg blik..sebelum bg kata putus kata nk putus tu, aku pikir balik..siapa aku utk halang dia dari pergi utk org lain..??adakah cukup dlm tempoh 4 tahun ni aku kenal dia..??kalau nk dibandingkan tempoh ma ngn abah dia jaga dia..mmg jauh aku ketinggalan..so, pilihan ma ngn abah dia adalah yg terbaik sbb mereka lebih mengenali dan tahu apa yg terbaik utk anaknya..dan restu Allah juga adalah datangnya dari restu kedua org tua..apa guna aku bekeras utk berkawan dan merancang utk berkahwin dgn dia jika restu ibu bapa aku xdpt..xbahagia kot..hmm, pilihan abah si gadis ni adalah seorang student medic yg study kat al-azhar, mesir..siapa aku utk dibandingkan dgn dia..klu secara kasar, dari segi akademik mmg aku kalah laa kan..jadi, setelah difikir-fikirkan..setelah aku muhasabah diri..fikir dan lihat..siapa aku utk dibandingkan dgn pilihan family dia..aku undurkn diri..mgkin bg setengah org xsetuju dgn apa yg aku buat..tp hakikat nya, aku lebih tahu apa yg terbaik utk aku dan siapa aku sebenarnya..klu ckp xsedih mmg tipu laa kan..ada hikmah di sebalik semua yg berlaku..aku redha dan pasrah..hikmahnya, aku akan berusaha utk jd seorang lelaki @ imam @ ketua @ pemimpin yg terbaik utk bakal isteri aku nnt..aku akan jadikan diri aku lebih baik dari pilihan family gadis ni..so, its a good motivation for me..alhamdulillah, aku dalam proses ke arah tu..dan sbb tu lah masa kelas puan azfahanee yg lepas, puan azfa ada tnya..whats your goal salehuddin..??n aku jwb, "I want to be a good leader n husband for my future wife".. puan azfa mesti ingt lg..mgkin org ckp awal lg nk sembang bab2 kawen ni, biar blajar dan keja dulu..but that it is still my goal..dan utk jadikan ia tercapai..aku harus mula dari skrg..bkn dah nk kawen baru nk buat..aku dah smngat utk tuntut ilmu, bkn dlm bidang akademik sja..malah dalam bidang agama jgk..dan ilmu aku ni bkn saja utk jadikan aku insan yg lebih baik, tp juga utk manfaat org lain..ilmu Allah nie luas, teroka dan tuntut lah..bila dah belajar, kena la amal pulak.."ilmu tanpa amal, umpama pokok yg tidak berbuah"..ingt tu..ok..berbalik pada cerita..aku xperlu jadi org lain utk diterima oleh family dia..i have to be myself..mgkin klu jodoh tu tetap milik kami, maka xmustahil utk kami bersatu balik..tp klu dia bkn yg terbaik utk aku, dan aku bkn yg terbaik utk dia..maka Allah lebih tahu segalanya..aku tetap aku..dan AKU BUKAN DIA.......~~
wassaalam.....240312-1:44am

Thursday 22 March 2012

~salam perkenalan~

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum semua..  ^_^
aduhh..nervous nie..1st time ada blog..hehe..ok2..mula2 skali..sblom aku post tittle2 yg lain, lbih baik rsanya kita berkenalan dlu k..ehemm.. =)
nma aku Muhammad Salehuddin Bin Zulkifli..asal kampung Sama Gagah, Permatang Pauh, Pulau Pinang..kira suma org kmpg aku ni gagah2 belaka laa..hehe..dilahirkan di hospital bukit mertajam pda 30 mei 1990..alhamdulillah, tahun nie dah genap 22 tahun aku hidop..aku anak sulong drpd 6 org adk-bradik..2 laki (sulong & no 2) & 4 perempuan..adk laki aku blajar kat Kolej Islam Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB) amek diploma tahfiz, adk perempuan yg sulong dah mngajar kat skolah tadika, sorang skolah mngah & lg 2 skolah rendah..aku dilahirkan dalam keluarga yg sederhana, ayah org berniaga, ada kedai runcit dan katering..so, sapa2 kwn2 yg nk kawen n perlukan khidmat katering bg tahu ya..hehe..promo kejap..hmm, mak suri rumah tngga separuh masa..hehe..sparuh masa 2 sbb mak akn tlong ayah kat kedai n ari jumaat & sabtu mak akn mngajar kelas fardhu ain kat madrasah kmpg ..ok, cukup kot psal family..kita start cita psal aku plak..hehe..  =)

ok, aku start blajar kat sekolah tadika seawal usia 4 tahun..kat pasti nurul hasanah, sama gagah..sepatotnya xboleh masok blajar lg sbb syarat nk masok pasti time tu kena 5 tahun..tp memandangkan arwah wan yg jd pengerusi pasti n mak mnakan yg mngajaq..so, boleh laa masok..hehe..masuk tadika pon guna kabel..haha..ok, lpas tu..aku sambung blajar kat sekolah rendah..SK Permatang Pauh..dari tahun 1 sampailah abeh tahun 6..alhamdulillah, upsr dpt elok, 4A 1B ^_^ , time tu 4A pon dah kira power..skrg cam xda pa2 sgt dah..ok, then, aku smbg blajar n masuk sekolah menengah kat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal, dok asrama..dari form1 smpai lah form5..dari 6 januari 2003 smpai lah 6 disember 2007..uisshh, ingt lg tarikh..hehe..taw kenapa ingt..??sbbnya, 6 januari 2003 nie tarikh berpisah dgn mak ayah buat pertama kali sbb nak masuk asrama..sedih kot..nangis gak laa..huhu.. =(   n tarikh abih sekolah, 6 disember ingt sbb nie trikh last paper spm, paper arab tinggi n tarikh last dok kat skolah setelah 5 tahun..sedih jgk..sbb dah byk sgt bnda yg aku blajar kat sekolah nie..pendek kan cita, abis spm, aku smbung study kat UiTM arau n amek program diploma accounting information system (ac120)..ada pngalaman praktikal kat audit firm selama 6 bulan..kat MNZWAJ Associates..pastu smbg degree kat UiTM merbok..alhamdulillah skrg dah semester 3, program islamic banking..that all 4 the 1st entry...pnjg gak no..haha..hmm, nnt aku nak cita pasal kenapa nama blog aku, "aku bukan dia" plak..nk taw mengapa dan kenapa..kena la tunggu post lepas ni..ok..~  ^^
wassalam........~