Saturday 7 April 2012

~Tazkirah~

Assalamualaikum semua..
ok, rasa mcm baru tulis ja pg td..xpa2..sbb lama xupdate..so, bleh cover balik laa..  ^_^  baik..tiba2 malam ni terasa mcm nk bg tazkirah cikit..bkn nk tunjuk hebat or tunjuk pandai..cuma sekadar ingin berkongsi dan sama2 peringat antara satu sama lain..seperti firman Allah dalam surah al-asr :




so, benar lah..manusia ni suka lupa..jd xsalah nk peringat antara kita..ok..tazkirah ni bertajuk "dari titik peluh sendiri" dalam kategori bab akidah..

Hadith :
Dari Zubair bin Awwam r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:”Apabila kamu menyiapkan seutas tali, lalu pergi mencari kayu api, kemudian dibawanya seikat kayu di punggungnya lalu dijualnya dan Allah memberi kecukupan bagi keinginannya, itulah yang lebih baik baginya daripada ia meminta-minta kepada orang ramai diberi ataupun tidak.”  (al-Bukhari)

Huraian
Orang yang berjaya ialah orang yang mampu menempuh berbagai rintangan dan cabaran dalam hidup. Walau daripada mana ceruk asal seseorang itu, sekiranya dia rajin berusaha maka kejayaan akan menjadi miliknya. Bukankah rezeki Allah S.W.T ada di mana-mana. Cuma yang bakal menentukan hanyalah ‘mahu’ atau ‘tidak’ kerana kemalasan akan menjunamkan seseorang itu ke lembah kehinaan. Begitu juga dengan sikap malu hendaknya biarlah bertempat. Kata orang malu bertanya sesat jalan, malu makan perut lapar dan malu dalam mencari rezeki alamat hidup akan melarat. Sesungguhnya Islam memandang mulia pada manusia yang bekerja membanting tulang empat kerat untuk mencari sesuap nasi atau rezeki yang halal berbanding dengan mereka yang hidup meminta-minta daripada orang lain.



carilah rezeki yg halal..usaha sendiri dah usah terlalu meminta-minta


tempat meminta yg utama ialah menadah tangan dan berdoa kpd Allah..




sekian, wassalam...~

5 comments:

  1. moga Allah sentiasa bersama kita..~

    ReplyDelete
  2. amin...ilmu yg sedikit kita kongsi kan mudah-mudahan dapat manfaat bersama..insyaAllah...~

    ReplyDelete
  3. :) la tahzan,

    ReplyDelete
  4. La Takhaf wala Tahzan.. InnaAllaha Maa'na...


    Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman.
    Surah Ali Imran : Ayat 139

    ReplyDelete