Monday 23 April 2012

smoking...



Assalamulaikum semua...
aikk..bkn baru post ker..??ni dah ada yg baru plak..xpa lah, bkn apa..tiba2 idea byk mlm ni..haha...ok, hisap rokok or smoking..tajuk sensitif nie..aku hisap rokok x..??jawapanya TAK..aku PERNAH hisap rokok x..??jawapanya YA..aku pernah try hisap rokok.. ^^  ok..mai nak cita..pertama sekali, alhamdulillah..aku bkn perokok..tp aku pernah cuba hisap..masa skolah rendah..kecik2 pon dah pandai kan..biasala..waktu 2 waktu nk meningkat usia..semua benda nak cuba..pengaruh kawan dan persekitaran time 2 kena ambik kira gak..ok, ada kisah sebenarnya kenapa aku xhisap rokok skrg..

ceritanya begini..masa sekolah rendah dulu, xingat darjah berapa..klu xsilap masa darjah 5 kot..aku pernah try hisap rokok..time 2 hisap rokok dgn sepupu kat umah dia..yg xtahan 2, sekali dgn adik aku plak..apa pnya abg laa kan..huhu..tp, nak dijadikan cerita..masa aku tgah baik pnya dok hisap rokok, bleh plak p kantoi dgn mak menakan @ mak sedara  aku..adoii...mak sedara aku plak p report kat ayah aku..pastu..balik ja rumah..aku kena panggil masok bilik ayah..hmm, taw dah nak kena apa..xdan @ xsempat masuk g aku dah teriak @ nangis siap2..haha..masuk2 ja bilik terus kena tibai dgn tali pinggang ayah..time 2 ayah mmg marah gila..sampai lupa laa org kata..nasib baik mak mai sabaq n tenangkan ayah balik..klu x, mmg lunyai laa aku kena tibai..huhu..masa ayah pukul 2, aku ingt g..aku xckp.."xmaw dah ayah..din xbuat dah..din janji..sakit nie ayah..."huhuhuhu...aku repeat ayat yg sama sampai ayah abeh pukul..ayah plak dok ckp.."apa nak jd dgn ang ni..kecik2 dah pandai hisap rokok..bawa adik sekali plak 2..sepatotnya abg kena tunjuk contoh kat adk..ni ang jd lain plak.."...aduh...mmg sakit gilaa kot..kira tali pinggang 2 sampai terlekang dua laa jadinya..adik kena pukul gak..tp 2 3 kali ja..aku yg lebih..sbb abg..

hmm, disebabkan peristiwa hitam inilah aku tros xhisap rokok smpai skrg..ada gak try balik masa skolah menengah, tp xbuleh sbb sekali sedut ja tros batuk..pastu bila nk hisap, dok teringat masa kena pukul ngn ayah..atas didikan ayah, alhamdulillah..aku bkn seorang perokok skrg..thanks ayah..  ^_^   tp kan, yg menariknya, ayah aku hisap rokok..kuat plak 2..haha..urmm, aku pernah minta izin kat mak nak hisap rokok 2 3 bulan lepas..tgk..anak yg baik..smpai nak hisap rokok pon minta izin..haha..walaupun aku dah taw jwpn mak, tp aku tnya gak..aku saja nak test mak sebenarnya..hehe..~

aku: mak, din nk hisap rokok bleh dak..??
mak: tak boleh..!!
aku: alaa, umor dah 22 mak..dah bleh mngundi pon..bleh laa...
mak: tak boleh..!!
aku: xpa, din beli rokok xpakai duit mak or duit ayah..din pakai duit pt..haha..
mak: nie..toksah dok gatai..org ckp xboleh 2  xboleh laa..jgn dok tnya byk2..esok dah kahwin, p minta izin kat bini sendiri..klu dia bg mmg nmpk sgt dia xsyg kat din...
aku: haha..ke situ plak mak nie..
mak: haa, dah sungguh..tnya byk sgt..ni, ingt mak nak pesan..xda faedah pon hisap rokok 2..dah laa haram..semua 2 cari penyakit..tumpang muda ni jgn laa cuba2 hisap..mcm ayah ampa 2 xbleh nak kata apa dah..mula hisap masa zaman muda, teros susah nak behenti..sbb 2 dia xmaw anak2 dia ikut mcm dia..semua dah besaq pnjg..pandai2 la fikir mana baik n yg mana buruk...

aduh, tros kena bletiaq..haha..gagah sgt nak p tnya..kan dah kena..hehe..xpa, leteran membina..aku dgr ja...ok, jap..mak kata rokok 2 haram..betol ka..??haha..mmg betol pon..ni  sebab mengapa islam mengharamkan rokok....

Antara Fatwa merokok itu HARAM ialah:-* Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwan Islam Malaysia kali ke 37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 di Kuala Lumpur.
* Fatwa yang termasyur di seluruh dunia iaitu Al-Marhum Mufti Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz
* Fatwa Al-Azhar terdahulu iaitu Syeikh Abdullah Al-Masyd (Ketua Lembaga Fatwa Azhar), Dr. Ahmad ‘Umar Hashim’ (Naib Canselor Al-Azhar) dan lain lain.


10 SEBAB MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN ROKOK

1. Rokok menjejaskan akal (mental)
2. Rokok membahayakan kesihatan fizikal
3. Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain
4. Rokok membahayakan keturunan
5. Rokok mengganggu manusia lain
6. Rokok menimbulkan akhlak buruk
7. Rokok mensia-siakan waktu hidup
8. Rokok bercanggah dengan maruah keislaman
9. Rokok membazirkan harta (wang)
10. Rokok mengandungi dadah (nikotin)



Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :
- Melahirkan bayi yang kurang berat badan
- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
- Lebih terdedah kepada kanser
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal

Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :
- Lebih mudah mendapat lelah
- Mendapat jangkitan paru-paru
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak
- Tahap IQ yang rendah

Tahukah Anda ?

Keratan akhbar Berita Harian 1 April 2010 menyiarkan bahawa Profesor Simon Chapman mengesahkan wujudnya kandungan darah babi dalam putung rokok.


Fatwa

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-37 yang bersidang pada 23 Mac bersetuju membuat keputusan bahawa :

"Merokok adalah HARAM dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan"

Fatwa ini berdasarkan dua dalil berikut :


"tidak memudharatkan(orang lain) dan tidak saling memudharatkan(antara satu sama lain)" (HR Ahmad dan Ibnu Majah)


Sayangilah Keluarga Anda

Lihatlah wajah isteri dan anak-anak anda, mereka masih memerlukan anda sebagai seorang suami dan ayah. Siapakah yang bakal menanggung kos rawatan anda jika terkena sebarang kanser akibat rokok ? Siapakah yang bakal menyara mereka jika anda mati akibat rokok ? Relakah anda jika isteri dan anak-anak sakit dan mati kerana rokok yang anda puja-puja selama ini ? Dan andalah pembunuhnya !!!

Fikir-fikirkanlah duhai saudaraku. Berubahlah sebelum terlambat !




Konklusinya, aku bersyukur kerana disebabkan didikan ayah dan mak, aku bukan seorang perokok skrg..alhamdulillah, ALLAH  masih lindung aku dari hisak rokok ni smpai skrg..my future wife pon jgn takot eh, abg xkan hisap rokok..smpai bila2..insyaAllah...hehe..tiba2 ja kan..ada pon x..so, nak pesan cikit lah..kepada kwn2 yg hisap rokok..tolong2 laa behenti k..jgn stop secara drastik, takot jantung xbleh terima plak..tp stop slow2..kalau sehari 10 btg, kurangkan jd 8 dulu ka..pastu lama2 lg turun laa..insyaAllah..klu niat kita baik, Allah akan tolong punya..cuma masa ja yg akn menentukan..yg pasti, kita kena usaha untuk behenti dulu..jgn harap doa saja n tnggu masa 2 akan dtg..xbetol cara 2..kita kena usaha dulu..ok..BETOLKAN YANG BIASA, dan BIASAKAN YANG BETOL...wallahu'alam...sekian...~


No comments:

Post a Comment